Akhirnya, FTMM, Bendahari dan Perpustakaan JUARA
Skuad cemerlang Kump. D diketuai Rohaidi menerima Piala Pusingan Prof. Madya. Mohd. Imran Ghazali daripada Prof. Mohd. Imran Ghazali pada malam final tempohari.
April 27 - Hashim dan Nasir mengesahkan Kumpulan D yang dianggotai FTMM, Perpustakaan dan Bendahari memiliki Piala Pusingan Prof. Madya Mohd. Imran Ghazali memenanginya. Sebelum itu, beregu pertama mereka iaitu Lili Rohaidi/Hatta Ali menumpaskan pasangan daripada gabungan FKMP iaitu Prof. Mohd. Imran/Nasuha dalam straight game sebelum impian kemenangan awal mereka melalui Asmawi/Mail ditangguhkan oleh Azwir/Nizam selaku beregu kedua.
Walaubagaimanapun, beregu penentu mereka yang memiliki rekod baik sepanjang kejohanan mempamerkan aksi tenang menggembirakan kem FTMM dengan meraih mata kedua menerusi perlawanan straight game. Dengan ini, gabungan FTMM telah dinobatkan Juara Berpasukan dan Keseluruhan bagi acara Badminton Karnival Sukan Staf UTHM 2010, memperbaiki rekod tahun lalu apabila mereka tewas di Final oleh FKAAS. "Mereka layak menang! ini kerana mereka lebih baik dari pasukan-pasukan lain pada tahun ini. Dengan komitmen tinggi yang diberikan oleh semua pemain, pasukan ini dijangka mampu mengekalkan rentak pada tahun hadapan," kata Mahdzer selaku Pengerusi Kelab Pasukan Badminton UTHM.
JOHAN : KUMP. D (PERPUSTAKAAN, FTMM, BENDAHARI)
N. JOHAN : FKMP, PPSiswazah, PPStrategik & Kualiti
Ke-3 : FSSW, Canselori, PIslam, PPemb. Akademik
DOWNLOAD VIDEO KARNIVAL, KLIK DI SINI >>>